LATAR BELAKANG SYARIKAT MEGA IMPIAN DEVELOPMENT

Mega Impian Development


     Mega Impian Development merupakan syarikat di bawah naungan Mega Impian Resources Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan perumahan dan hartanah. Mega Impian Development menfokuskan perniagaan dalam bidang hartanah dan perumahan. Bidang hartanah dan perumahan semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, syarikat kami menyediakan rumah yang berasaskan beberapa faktor seperti keselamatan, keselesaan, lokasi yang strategik dan penggunaan bahan-bahan binaan yang berkualiti tinggi. Tambahan pula, syarikat ini mempunyai kakitangan yang mencukupi bagi memastikan sesuatu projek itu dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, kakitangan kami yang begitu komited dalam menyiapkan sesuatu tugasan telah mempercepatkan lagi proses berkaitan penyediaan dokumen bagi setiap projek yang dijalankan. 

     Mega Impian Development mengamalkan konsep iaitu rumah dibina di atas tanah sendiri. Dengan adanya Mega Impian Hardware, ia merupakan satu bonus. Hal ini kerana, bahan-bahan pembinaan di ambil terus dari hardware dibawah naungan syarikat. Ini dapat menjamin kualiti bahan yang digunakan dalam setiap proses pembinaan. Mega Impian Development terus maju dan aktif dalam menyiapkan projek perumahan. Antaranya projek pembinaan rumah di Bukit Merbau, pembinaan rumah di Buloh Poh dan pembinaan rumah di Kemubu. Selain projek pembinaan rumah, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan pembinaan klinik-klinik kerajaan di sekitar kawasan Kota Bharu. Semua projek ini telah disiapkan dengan jangka masa yang telah ditetapkan.

     Matlamat Mega Impian Development juga adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan. Di samping itu, kami mengamalkan prinsip menghargai nilai amanah dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dalam menjayakan setiap projek. Hal ini bertujuan bagi memastikan syarikat ini akan terus berkembang maju dalam bidang hartanah, dan perumahan pada masa hadapan.

Comments